BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
segala puji bagi Allah yg telah memberi segala nikmat..yang x pernah melupakan hambaNya..
Tanpa mengira hambaNya leka atau taat..tanpa mengira hambaNya itu ingat atau lupa..
Maha Suci Allah atas segala2 yg diberikan..
******************************************************************
Segala puji bagi Allah yang telah menggerakkan hati, memberi ilham pada tiap hambaNya..
Yang telah mentaqdirkan setiap sesuatu... Sama ada sesuatu yang indah ataupun duka...
Kerana Allah tidak kan pernah sekali2 mentaqdirkan sesuatu yang sia2...
Allah tak kan pernah mentaqdirkan sesuatu yang tidak mampu ditanggung hambaNya..
Kerana dlm setiap penciptaanNya, taqdirNya, pasti ada hikmah yang tersembunyi.
ya, secara kita sedari atau pun tidak...
Subhanallah.. Maha Suci Allah...
*****************************************************************
Tapi kita hambaNya yang seringkali alpa...
Benar, ada hakikat yang sebenarnya amat sukar..
Amat rumit untuk kita terima....
Amat pahit untuk kita telan...
Amat sakit untuk kita hadapi...
Tapi, pastilah.....itulah sebenarnya yang terbaik dariNya untuk kita...
Itulah yang selayaknya untuk kita...
Itulah taqdir yg sememangNya telah tercatat di luh mahfuz untuk kita....
*************************************************************
"sabar itu sebahagian daripada iman"...
Orang yang beriman akan sentiasa sabar akan dugaanNya...
kerana dugaan , mehnah , tribulasi ,...dan segala2 kesengsaraan...
adalah ujian serta tariyah dari Allah...
Cumanya, adakah kita menyedarinya...
Memang benar sampai satu tahap kita cuba dan cuba untuk memujuk hati yang pilu..hati yang sedih, hati yang parah,
Sampai satu tahap, kita sukar menerima taqdir itu...
Kerana ia bukan sekadar menyakiti diri sendiri...
Tapi jua orang lain... Bukan sekadar hati sendiri yg terluka..
Tapi hati insan lain jua...
Tapi.. ingatlah sesungguhnya Allah akan menurunkan ketenangan keatas hati org2 yg beriman untuk menambah iman mereka...
**********************************************************************
Ya Allah... Ya Latif.....Ya Muhaimin.... Ya Fatah....
Kau berilah kekuatan dlam mengharungi segala kedukaan ni...
Kau berilah kesabaran untuk diri ini meneruskan perjuangan ini Ya allah..
Perjuangan untuk Islam, Ummah, ibu dan ayah...
Ya Allah, aku percaya dlm tiap taqdirMu, pasti ada hikmah disebaliknya....
"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetaui sedang kamu tidak mengetahui"
Tuhanku...Aku redha..pasrah padaMu..
*********************************************************************
P/S Maaf atas coretan yang tidak ilmiah.Coretan yg emosi..Sekadar memujuk hati ini dlm mengharungi satu kedukaan...Moga Allah memberi kekuatan atas segalaNya...




0 comments:
Post a Comment