Bismillahirrahmanirrahim..
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullahi 'ala kulli zanmby..
***********************************
Kelas BTQ (Basic themes of al quran). Bukan sekadar kelas untuk top up pointer. Tapi dalam kelas inilah sebenarnya, saya belajar, banyak belajar tentang nikmatnya Islam. Terima Kasih ustazah, Ustazah Salmiah, for being a very good murabbi, even the class is just started,(not even 2 months) theres a lot of things i had learnt and should learn..huhu..
Teringat pertanyaan ustazah semalam...
"Why did you study?"
Everyone was asked that question. Satu persatu jawapan keluar dari mulut sahabat2..
"Untuk menjamin masa depan" jawab seorang sahabat.
"Untuk mendapat pekerjaan yang elok"..
"Tuntutan agama"..
"Untuk menggembirakan hati ibu ayah"..
"Untuk meningkatkan taraf hidup"..
"Untuk mencari keredhaan Allah"..
"sebab mak ayah suruh"..
"Untuk elak ditipu dan ditindas"..
"Kalau tak study kahwen"..Gurau seorang sahabat..
Macam macam jawapan n pendapat yg keluar dari mulut sahabat2..
Dan tidak ada jawapan yang betul atau salah.. Semuanya acceptable..
Tatkala tiba giliran saya..
"Why did u study?"
Subhanallah, persoalan ustazah ini bukan sekadar soalan biasa bagi saya sebenarnya..
Soalan ustazah ustazah sebanarnya satu cataylist yg mengetuk pintu hati yg nampaknya telah hampir lupa matlamat sebenar..
Berdebar untuk menjawab..Bukan kerana takut salah atau malu, tapi terfikir kembali.."Why did i study?" "Does it bcoz of my parents, wealth, etc? dan persoalan ini terus mengaitkan diri dgn satu pesatu persoalan.."Why did i take this course?"What is my destiny and goal ?"..
"Is it for Allah?"..
Subhanallah, TAJDID niat... Kata 2 itu belegar dalam fikiran..
"Kerana Allah suka orang yang berilmu".. saya menjawab..("Adakah jawapan yg lahir itu dari hati atau sekadar mengarang ayat buku teks?"..soalan yg hadir dalam hati saya)
"ma hua dalil that Allah loves The one with Ilm?"
Masya Allah...Ustazah tanya kembali..
"Allah akan mempermudahkan jalan orang yg menuntut ilmu ke syurga"..("Adakah sekadar mengambil potongan hadis tyme blajar form4 PQS dulu?..Soalan demi soalan dlm diri lahir mengasak fikiran..)
Ustazah tersenyum..
lantas menambah..
ILMU ITU NUR..Nur yang menerangi kehidupan..dan.. NUR TIDAK AKAN MASUK PADA HATI YANG PENUH MAKSIAT...
Astaghfirullah. Sekali lagi pitu hati terketuk sekuat kuatnya mendengar kata2 ustazah..
Ya, Nur tidak akan masuk ke dalam hati orang yang penuh dgn maksiat... Subhanallah,... ("Susahnya belajar, susahnya nak catch up ape lecturer ajar, alamak, tak paham ape"...mugkin inilah peringatan Allah betapa terlalu banyak maksiat yg telah diri ini lakukan)
Teringat kata2 Kak hidayatul al-hafizah(Along, merangkap pentasmi' grup saya)..Al Quran tak kan masuk pada hati yang penuh dgn maksiat..banyak Maksiat tu yg susah nak hafal..
Konsep yang sama..Dalam menuntut ilmu..kerana sesungguhnya alquran itu kan gedung ilmu..
***********************************************
Daripada satu persoalan, lahir persoalan demi persoalan..
Persoalan yang mengasak fikiran...
Persoalan yang mengetuk pintu hati..
Persoalan yang jawapannya hanya ada pada diri sendiri..
Persoalan yg hanya terjawab dengan MUHASABAH..
Persoalan yang memerlukan pembaharuan niat untuk menjawabnya..
Persoalan yang memerlukan keikhlasan untuk menjawabnya...
**************************************************
Teringat kembali kata-kata seorang sahabat dlm tazkirah pendeknye sem lepas,
"Study lah kerana Allah..Allah telah mentaqdirkan kita disini(IIUM PJ), menetapkan kita mengambil course ni, walaupun kita tak sangka kita akan dietapkan begitu.. Segala-galanya adalah perancangan Allah..
Justeru, perjuangan menuntut ilmu ini walaupun susah adalah satu amanah daripada Allah..Amanah.."..Terima kasih sahabat atas peringatan yg pendek, tapi cukup berkesan..
Insya Allah semoga amanah ini dapat kita sama jalankan sebaik mungkin, walau penuh onak dan duri, ranjau dan liku..Insya Allah..
Teringat kembali kata kata ustaz Kamisan mase form 5 dalam kelas dulu.. "Belajarlah kerana Allah..ikhlaskan lah diri kerana Allah..Jangan awak semua (merujuk kpd da whole class) belajar semata2 kerana nanti nak kerja baguz SEMATA2..Insya Allah rezki pekrjaan itu pasti ada kalau kita bersungguh-suNgguh..REZEKI itu kan milikm Allah"...Terima kasih ustaz atas peringatan..
***************************************************
In conclusion, BELAJARLAH, BELAJARLAH, BELAJARLAH...Belajarlah dgn IKHLAS(Peringatan kuat terutamanya buat sidiri yang menulis)
Kerana Al'ilmu kannur..Nur yang menerangi kehidupan..
Belajarlah, kerana dengan ilmu Allah mengangkat darjat seorang hamba..'
Belajarlah..Kerana dgn ilmu, Islam akan bangkit..
Belajarlah.. Kerana dengan ilmu, kita mengenal diri..
Kita mengenal Si Pencipta Diri...
Dengan ilmu kita dapat TAQARRUB ILALLAH
Kerana Dengan ilmu kita dapat berfikir..
~Wallahu'alam~
Monday, November 30, 2009
Belajar?Study?
Posted by Nurul Izzah bt Mat Sundari at 5:19 PM 0 comments
Tuesday, November 3, 2009
Ummi wa Abi
ASSALAMUALAIKUM WBT
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan tiap sesuatu sesuai dengan qadarnya, yang melimpahkan perasaan kasih sayang, mawaddah, kebahagiaan kepada setiap makhluqNya..
**********************************************
Alhamdullillah, segala puji bagi Allah yang telah mentaqdirkan pertemuan, menimbulkan benih-benih kasih sayang antara dua insan, seterusnya mentaqdirkan satu ikatan suci yang halal dibawah keredhaanNya...
************************************************
Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ni, tangal 03/11/2009, genaplah 20 tahun usia perkahwinan ummi dan abbah yang amat aku sayangi kerana Allah. Benarlah janji Allah, wanita yang solehah hanya untuk lelaki yang soleh dan begitu juga sebaliknya.. Benarlah kata orang, ikatan suci yang dibina ikhlas kerana Allah, seterusnya diikat dengan iman dan kasih sayang, dibajai dengan toleransi dan rasa tanggungjawab, insya Allah, pasti akan sentiasa dipelihara oeh NYa..
*************************************************
Kepada abah dan ummiku yang amat kusayangi kerana Allah, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 20. Moga ikatan suci yang terbina akan sentiasa diredhai Allah dan mekar dengan bunga2 cinta hingga keakhir hayat.
Moga Allah memberi kebahagiaan, sakinah, rahmah buat abah & ummi didunia jua di darul akhirah yang kekal abadi nanti.
**********************************************
Buat ummi & abah, terima kasih dari anak2 mu (along, ipah,iddin, nana, ain) atas segala kasih sayang, yang engkau curahkan, atas segala jerit payah dan susah payahmu mendidik dan membesarkan kami,.
Terima kasih kerana talah mengenalkan kami pada Pencipta kami Yang satu,
Terima kasih atas tarbiyah yang telah engkau curahkan,
Terima kasih atas keyakinan yg kuat terhadap Al Khaliq yang senantiasa engkau selitkan dalam kehidupan kami,
*************************************************
Moga Allah senantisa memelihara ummi dan abah,
"Rabbighfirli, zunubi, wa liwalidaiya, warhamhuma, kama rabbayani sighiraa..."
Posted by Nurul Izzah bt Mat Sundari at 4:17 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)


