ASSALAMUALAIKUM WBT
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan tiap sesuatu sesuai dengan qadarnya, yang melimpahkan perasaan kasih sayang, mawaddah, kebahagiaan kepada setiap makhluqNya..
**********************************************
Alhamdullillah, segala puji bagi Allah yang telah mentaqdirkan pertemuan, menimbulkan benih-benih kasih sayang antara dua insan, seterusnya mentaqdirkan satu ikatan suci yang halal dibawah keredhaanNya...
************************************************
Alhamdulillah, dengan izin Allah, hari ni, tangal 03/11/2009, genaplah 20 tahun usia perkahwinan ummi dan abbah yang amat aku sayangi kerana Allah. Benarlah janji Allah, wanita yang solehah hanya untuk lelaki yang soleh dan begitu juga sebaliknya.. Benarlah kata orang, ikatan suci yang dibina ikhlas kerana Allah, seterusnya diikat dengan iman dan kasih sayang, dibajai dengan toleransi dan rasa tanggungjawab, insya Allah, pasti akan sentiasa dipelihara oeh NYa..
*************************************************
Kepada abah dan ummiku yang amat kusayangi kerana Allah, SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yang ke 20. Moga ikatan suci yang terbina akan sentiasa diredhai Allah dan mekar dengan bunga2 cinta hingga keakhir hayat.
Moga Allah memberi kebahagiaan, sakinah, rahmah buat abah & ummi didunia jua di darul akhirah yang kekal abadi nanti.
**********************************************
Buat ummi & abah, terima kasih dari anak2 mu (along, ipah,iddin, nana, ain) atas segala kasih sayang, yang engkau curahkan, atas segala jerit payah dan susah payahmu mendidik dan membesarkan kami,.
Terima kasih kerana talah mengenalkan kami pada Pencipta kami Yang satu,
Terima kasih atas tarbiyah yang telah engkau curahkan,
Terima kasih atas keyakinan yg kuat terhadap Al Khaliq yang senantiasa engkau selitkan dalam kehidupan kami,
*************************************************
Moga Allah senantisa memelihara ummi dan abah,
"Rabbighfirli, zunubi, wa liwalidaiya, warhamhuma, kama rabbayani sighiraa..."



0 comments:
Post a Comment