BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

~RENUNGI SEJARAH~


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Dengan nama Alah yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Segala puji baginya yang masih memberi nikmat islam dan iman..

segala puji bagiNya atas ihsanNya masih memberi pwluang untuk kita sampai ke bulan Ramadhan..Alhamdulillah

********************


Alhamdulillah, bagaimana prestasi hari ini??

Prestasi dlm madrasah Ramadhan, adakah semakin merundum..mantain..atau insya Allah menungkat?

Moga Allah beri kemudahan dan keikhlasan untuk kita memperbanyakkan amal dinulan ini..

************************


Insya Allah dibawah ini ada beberapa peristiwa sejarah yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan.. Moga2 dapat menjadi iktibar buat kita semua dlm menempuh Ramadhan al Mubarak ini..

Entry ini sebenarnya ana copy daripada blog seorang sahabat, KAK ZUR ATIQAH..

Syukran Kak Zur.. Moga2 ilmu yg disampaikan dpt ganjaran drpd Allah..

Rentetan Perisitiwa Bulan Ramadhan

*******************************


Rentetan Perisitiwa Bulan Ramadhan



::RAMADHAN::
::TARIKH HIJRAH::
::PERISTIWA::
1
114
islam tewas dalam perang 'Balathi Syuhada' di bawah pimpinan Abdul Rahman Al Ghafin.
2
82
Kemenangan islam ke atas pendita wanita barbar.Pembukaan Maghribi Tengah.
3
9
Rasulullah menerima utusan dari Bani Thaqif.Abu Sufian dan Mughirah diberi tugas menghancurkan berhala kaum musyrikin.
4
1
Permulaan panji putih yang dijulang oleh Penghulu Syuhada Saidina Hamzah R.A.
5
5
Persiapan tentera islam menghadapi peperangan Ahzab.
7
89
Kemenangan islam di negara Sindi,rajanya bernama Dahir dibawah pimpinan Muhammad bin Al Qosim Al Thaqafi.
8
2
Rasulullah keluar untuk menghadapi kaum quraisy dalam perang Badar Al Kubra
9
10
Kabilah Hamzani dari Yaman memeluk islam dalam satu hari. mereka solat dibelakang Saidina Ali yang diberi tanggungjawab oleh Rasulullah S.A.W.
9
16
Kemenangan islam dalam peperangan Al Qodisiyyah yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqos.tentera islam seramai 10000 orang, tentera parsi 120000 orang.
9
39
Kemenangan islam dan pembukaan kepulauan Rodos,berdekatan Itali.
9
91
Kemenangan islam di bawah pimpinan Thoriq bin Zaid ke atas raja Rudrik di Sepanyol.
9
361
Sempurnanya pembinaan jamiah Al Azhar.
9
549
Islam mendapat semula sebahagian daripada Sofad(satu kawasan di palestin) dari tentera Salibiyyah di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi.
9
559
Tentera islam di bawah pimpinan Nuruddin Az Zanki mendapat kembali negara Harim,barat Halab di Syria daripada tentera Salibiyyah.
10
8
Pembukaan kota Mekah.
10
1393
Kemenangan islam ke atas Zionis dalam perang 6 Oktober yang melibatkan negara Mesir.
11
14
Kemenangan islam ke atas Parsi dalam perang buih di Iraq,Parsi diketuai oleh Panglima Mahran.
12
32
Saidina Al Abbas bin Abdul Mutalib meninggal dunia.
13
9
Kedatangan utusan dari Himyar,Thaif dan Yaman.Rasulullah telah memuliakan mereka,akhirnya mereka telah memeluk islam.
14
666
Kemenangan islam di bawah panglima Zahir Bibras dan berjaya membuka kota Antokiyyah di Sham.
15
3
Kelahiran Saidina Hassan bin Ali.
17
2
Kemenangan islam dalam Gazwah Badar Kubra. teguhnya negara islam Madinah.
17
40
Pengkhianatan dan pencerobohan Khawarij terhadap Amirul Mukminin Saidina Ali bin Abi Talib di Mihraj Masjid Kuffah.
17
58
Ummul Mukminin Saidatina Aisyah bin Abu Bakar As Siddiq wafat.
18
52
Mangkatnya Saifullah Al Maslul Khalid Al Walid di Hims.
19
223
Al Muktasim menyahut pertolongan muslimat yang telah dibuka auratnya oleh golongan kuffar di Ammurah,Turki.
21
584
Pembebasan Sham/Syria daripada Salibiyyah.
22
6
Sempurnanya pengutusan pasukan sarayya (pengintip) Zaid bin Harith ke Ummu Qurnah.
22
648
Kemenangan islam di bawah pimpinan Solahuddin Al Ayyubi dengan merampas kembali Baitul Maqdis dan mengusir tentera Salibiyyah.
23
62
Kemenangan kerajaan islam Hamdaniyyah ke atas tentera tentera Baizantiniyyah di Halab.
24
58
Kemenangan islam di bawah pimpinan Al Muzaffar Saifuddin Qutus dalam peperangan dengan Monggol di bawah pimpinan Hulago.Peperangan ini berlaku di Ain Jalut,Palestin.
25
8
Hari kehancuran berhala-berhala di Mekah. Khalid Al Walid menghancurkan berhala Al Uzza,Amru Al As menghancurkan berhala Suwa', Saad bin zaid Al Asyhali memusnahkan berhala Manat.
25
179
Kemenangan islam di Yaumul Zulaqoh di Andalus atau Sepanyol.
26
927
Kemenangan islam di bawah pimpinan Panglima Othmani Murad dan pembukaan Bandar Balgred di Serbia.
27
13
Penurunan wahyu pertama kepada baginda Rasulullah di Gua Hira'.
28
92
Perluasan negara Islam di Andalus.
29
2
Kewajipan zakat ke atas umat islam.
30
94
Kemenangan tentera islam di bawah Panglima Musa bin Nusair dan pembukaan kota Mardah serta kepongan ke atas Salibiyyah.

~Sekian, moga Ramadhan kali ini dpt sama-sama kita lalui dgn keikhasan~
Ramadhan Kareem!!
Assalamualaikum w.b.t

Thursday, August 20, 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!



~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mentaqdirkan setiap sesuatu, Yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus menapak dibumiNya, atas satu matlamat yang satu , untuk beribadah padaNya.Untuk menjadikan setiap langkah , tindakan, hanya untukNya, berpaksikanNya..Lillahi Taala..Insya Allah.


*********************


Alhamdulillah, sedar tidak sedar, Syaaban semakin meninggalkan kita. Hanya dalam beberapa waktu sahaja lagi, kita akan menerima tetamu agung, hadiah istimewa, a very very special gift from Allah; RAMADHAN. RAMADHAN AL MUBARAK


Alhamdulillah, moga Allah memberi kita ruang dan peluang untuk merasai barakahnya Ramadhan kali ini..










What do we feel??? Adakah kedatangan Ramadhan ini kita nantikan dengan penuh kerinduan, dan kehadirannya yang bakal tiba ini kita sambut dengan penuh kegembiraan? Kita sambut dengan penuh keazaman. Dengan satu target, untuk menjadikan Ramadhan yg bakal tiba kali ini lebih baik?


Analoginya cukup mudah. Adakah ghairahnya kita nak menyambut Ramadhan ni ibarat ghairahnya kita nak balik kampung setelah sekian lama tak berjumpa ibu dan bapa?


Atau ghairahnya kita ibarat singa lapar yang bertemu mangsanya?


Atau ghairahnya kita, gembiranya kita ibarat mendapat segunung emas secara free??


Atau ghairahnya kita melebihi segala2 nya?


Atau, Ramadhan yang datang ni biasa2 sahaja..


Sama seperti bulan- bulan yang lain.


Atau lebih dahsyat, Ramadhan yg datang ini bulan yg mentensionkan..


Dahlah x dapat makan dan minum macam biasa, letih, sebulan pulak tu..


Nauzubillah..


Tepuk dada tanya iman..


Orang yang beriman akan sentiasa menantikan special gift dari Allah ini.


Bulan yang penuh dengan pakej ibadah+bonus..


***************






Kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat,


Firman Allah,


"Wahai orang2 yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas orang2 yang terdahulu agar kamu BERTAQWA"



Kalau kita perhatikan, firman Allah ni mengandungi 2 perkara utama.


yakni, kefardhuan berpuasa dan objektif Allah mewajibkan kita berpuasa..La'allakum tattaqun..Agar kamu menjai orang yang bertaqwa..



Apabila Allah mewajibkan kita berpuasa, Allah tahu fitrah manusia yg kadang2 lemah, kurang bersemangat, lebih lebih lagi untuk melakukan sesuatu yg lari sedikit dari keperluan asas kita, makan.Lantas Allah memberi kaunsaling melalui ayat ni dengan menyambung, seperti orang2 yang terdahulu..



Kerana apa?? Kerana Allah ingin kita merenung bagaimana generasi terdahulu, generasi yang beriman, begitu kuat menghadapi ibadah puasa ini. Allah memberi kita motivasi agar kita menjalani ibadah puasa dengan sabar dan tidak menjadikannya sebagai alasan untuk lemah dalam bulan puasa.


Misalnya, Perang Badar, Fathul Makkah, yg berlaku pada bulan Ramadhan jelas menunjukkan betapa pada bulan Ramadhan tidak menjadikan kita lemah..


Seterusnya Allah berfirman..La'allakum tattaqun.. SUPAYA kamu bertaqwa. Sahabat2, hanya orang yg benar2 mengimarahkan bulan Ramadhan dgn bersungguh2 , keazaman insya Allah akn dpt merasai buah taqwa itu.


Kita lihat betapa ramai orang yang menjalankan ibadah puasa. Tapi betapa ramai yg kita lihat keluarnya dari bulan tersebut, dpt betul2 mendidik diri menjadi insan yg benar2 bertaqwa.( peringatan terutamanya untuk diri saya sendiri yang menulis)


**************************


Kepada diri sendiri dan sahabat2,


Ramadhan ini ibarat madrasah tarbiyah. Satu madrasah yang Allah bagi untuk kita semua, untuk mentarbiyah diri kita. Moga2 apabila kita keluar dari madrasah ini, insya Allah menjadi hambaNya yg beriman.



Subhanallah betapa Allah Maha Menyayangi hambaNYa.. Dia telah mengurniakan satu bulan yg terlalu banyak kelebihan berbanding bulan2 yang lain. Bulan untuk kita menambah pahala, membaiki akhlaq, Bulan yang cukup hebat..Raja segala bulan..Sebelum kehadirannya, didatangkan dahulu 2 bulan yg jua hebat, bulan Rejab dan Syaaban.


Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


Maha Pengasihnya Allah.. inilah bulan yg mana ditutup pintu neraka..dibuka pintu2 syurga..untuk siapa kalau bukan kita hambaNya..



Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.


-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-



Subhanallah...Hatta bau mulut orang yg berpuasa disisi Allah itu ibarat kasturi, bayangkan amal2 lain yang dilakukan dengan ikhlas sepanjang bulan Ramadhan nanti..Subhanallah..


******************************


Kepada diri sendiri dan sahabat2,


Marilah sama2 kita tajdid niat untuk menghadapi Ramadhan kali ini.. Marilah sama2 kita rebut pakej yang Allah telah bagi untuk semua..Tinggal kita sahaja untuk merebutnya.. Pakej yang mana awalnya penuh dengan rahmat Allah, pertengahannya maghfirah, dan akhirNya pembebasan dari azab api neraka.. Insya Allah.. Marilah kita menjadi pemburu bersiri sempena Ramadhan ini.. pemburu rahmatnya, pemburu malam alqadr..Bulan yg >baik dari seribu bulan.. Untuk kita hidup, beramal soleh, selama setengah abad pun belum pasti, inikan pula 1000 bulan..



Insya Allah marilah sama2 kita berpesta ibadah.. marilah kita sama sama taqarrub ilallah..

Moga2 Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya..

Moga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan penuh keikhlasan..Insya Allah

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Maaf atas segala kekhilafan.. Salam Ramadhan almubarak..Assalamualaikum..

~Ramadhan Kareem!!~





Sunday, August 2, 2009

Aku Tanpa CintaMU...

~Bismillahirrahmanirrahim~
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih........

~Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Tiada Tuhan selainNya yang menciptakan langit dan bumi...Yang mentaqdirkan setiap sesuatu.Yang menitipkan rasa cinta ..juga rasa kehambaan....
Sengaja saya mulakan entry kedua dengan lirik lagu yg saya kira tidak asing bagi kita..lebih lebih lagi anak remaja yang cukup meminati nasyid ini..pastinya, ada yang mendengar tatkala tertarik dengan melodinya yang menarik.. ada juga kerana liriknya yang mmenusuk qalbu..dan ada juga kerana kedua-duanya...Saya???..Hanya Allah yang mengetahui..moga sentiasa menjadi golongan yg ketiga... Secara jujur, bagi saya lirik nasyeed ini cukup menyentuh hati...cukup terkesan..
Sebagai hamba yang dhaif..,, kita sentiasa melakukan dosa dan maksiat..tak kiralah secara terang-terangan.. atau dalam kegelapan..secara berseorangan.. atau berjamaah...secara yang zahir,,,..atau yang batil..tertutup..hanya Allah yang mengetahui..,.
Ya, diri kita ini sentiasa alpa akan perjanjian kita padaNya.
Ikrar yang sentiasa kita perbaharui saban waktu,,..dikala subuh, zohor, asar, maghrib, dan isyak???
Kita lupa..disaat roh ingin dimasukkan ke jasad,, kita telah mengaku bahwa Allah itu Tuhan...
Kita lupa sumpah dan janji.. "inna solaty wanusuki wamahyaya wamamaati..LILLAHI RABBIL ALAMEEN"..
Ya, Kita lupa itu semua...Kita lupa...
Itulah realiti sebenar...
Wahai diri yang sentiasa lupa...
Ingatlah.,,,
Kitalah yang memerlukanNya...bukan Dia yg memerlukan kita...
"Wahai Manusia, Kamulah yang memerlukan Allah, Allahlah yg Maha Kaya, Maha Terpuji"(Al Fatir:15)
Ayuh kepada diriku.. jua sahabat- sahabat, tanyalah diri kembali...Siapakah aku yg sebenarnya??
Siapalah aku tanpaNya???
Adakah diri ini betul2 berserah padaNya??
Adakah tiap langkah hanya keranaNya?
Adakah didi ini betul2 ikhlas dlm perjuangan???
Atau ada sesuatu disebaliknya??
Sedarlah, hidup ini hanya ibarat layang layang yang terputus talinya,,,tiada arah dan pedoman tanpa petunjuk dan pemeliharaanNYa..
Ingatlah wahai diri...Cinta Allah itu sangat luas.
Allah tak kan pernah melupakan hambaNya..
Terkadang kita diuji sedikit...
Kerana apa??
Kerana Dia amat cinta kepada kita...
Kerana mungkin telah terlalu lama kita Jauh padanya..
Kerana mungkin dia Mahu kita sedar betapa hakikat penciptaan kita ini adlah untuk mendptkan redhaNya...dlam setiap langkah dan gerak
Duhai diri ini serta sahabat-sahabat...
Selagi jasad masih bernyawa...
Selagi hayat msh dkandung...
Selagi diri masih mampu bernafas..
Selagi ruh belum direntap....
Sebelum mata tertutup buat selama-lamanya..
Sama-samalah kita mengejar cintaNya yang Abadi..
CintaNya yang membawa Kebahagiaan yg hakiki..
Ya,,masih belum terlambat untuk kita mengemis kasihNya..
Mengharap RedhaNya..
~Wallahua'lam~

Saturday, August 1, 2009

AKHIRNYA........

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAIM~
Alhamdulillah...Syukur pada Nya..AKHIRNYA.. setelah sekian lama menjadi pembaca dan
penganalisis blog yang setia... hari ini Allah telah menggerakkan hati dan tangan ini untuk menjadi seorang penulis,,penulis blog..
Sekadar insan biasa, yang tidaklah hebat dalam menulis, atau mengutarakan pendapat,,,
Namun Insya Allah kehadiran blog ini moga2 sedikit sebanyak dapat menjadi waddah untuk diri ini sentiasa saling ingat mengingati.. berkongsi...disamping
"melatih" diri ini untuk menjadi insan yang lebih baik..dalam erti kata lain insan yang sentiasa peka, dan berani dalam memberi pendapat...
Moga blog ini juga dpt menjadi satu wadah dakwah dlm meneruskan survival islam d akhir zaman ni..Insya Allah..
Alhamdulillah, selapas puas memerah otak,,AKHIRNYA...sekali lagi, Allah menggerakkan hati untuk menaip SEGENGGAM TABAH as my blog tittle..
Mengapa ?? Kenapa???
Mudah...kerana dalam hidup ini terlalu banyak mehnah dan tribulasi..
Ada yang menganggapnya satu penyeksaan..
Ada juga yang menganggapnya Satu kesukaran..
Walau apa pun anggapan mereka..yang pasti cuma satu...
Hanya berbekal ketabahan dan kesabaran shja segala mehnah dan tribulasi dlm hidup fana ini dpt diharungi..
Tapi kita perlu ingat, KETABAHAN itu datangnya hanya dari Allah 'za wajalla..
Hanya padaNya lah disandarkan pengharapan demi pengharapan yang AKHIRNYA..
Insya Allah akan membuahkan satu KETABAHAN..
Moga kita semua tabah dlm meneruskan perjuangan sbgi KHALIFAH yg telah dipilih oleh Allah dlm menegakkan DEENULISLAM di muka bumi ini...
Tahniah kepada shabat2 lain yg telah terlebih dahulu menceburi arena blog ni..
Tahniah!! blog anda semua sgt hebat!! Penulisan anda bisa membuka minda saya melihat sesuatu isu itu dari satu sisi yang berbeza.. Alhamdulillah.. moga ia bisa menjadi inspirasi buat saya...
Selamat membaca kepada yang sudi.. Ucapan maaf kepada yang merasakan blog ini membosankan atau tidak kena dengan selera antum...Ya, semestinya blog ini tidak sehebat yang lain...Al maklum...diri ini sekadar insan biasa... yang masih belajar dan pastinya akan terus belajar...Insya Allah..
Akhiran.....ASSALAMUALAIKUM......