What do we feel??? Adakah kedatangan Ramadhan ini kita nantikan dengan penuh kerinduan, dan kehadirannya yang bakal tiba ini kita sambut dengan penuh kegembiraan? Kita sambut dengan penuh keazaman. Dengan satu target, untuk menjadikan Ramadhan yg bakal tiba kali ini lebih baik?Analoginya cukup mudah. Adakah ghairahnya kita nak menyambut Ramadhan ni ibarat ghairahnya kita nak balik kampung setelah sekian lama tak berjumpa ibu dan bapa?Atau ghairahnya kita ibarat singa lapar yang bertemu mangsanya?Atau ghairahnya kita, gembiranya kita ibarat mendapat segunung emas secara free??Atau ghairahnya kita melebihi segala2 nya?Atau, Ramadhan yang datang ni biasa2 sahaja..Sama seperti bulan- bulan yang lain.Atau lebih dahsyat, Ramadhan yg datang ini bulan yg mentensionkan..Dahlah x dapat makan dan minum macam biasa, letih, sebulan pulak tu..Nauzubillah..Tepuk dada tanya iman..Orang yang beriman akan sentiasa menantikan special gift dari Allah ini.Bulan yang penuh dengan pakej ibadah+bonus..***************Kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat,
Firman Allah,
"Wahai orang2 yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas orang2 yang terdahulu agar kamu BERTAQWA"
Kalau kita perhatikan, firman Allah ni mengandungi 2 perkara utama.
yakni, kefardhuan berpuasa dan objektif Allah mewajibkan kita berpuasa..La'allakum tattaqun..Agar kamu menjai orang yang bertaqwa..
Apabila Allah mewajibkan kita berpuasa, Allah tahu fitrah manusia yg kadang2 lemah, kurang bersemangat, lebih lebih lagi untuk melakukan sesuatu yg lari sedikit dari keperluan asas kita, makan.Lantas Allah memberi kaunsaling melalui ayat ni dengan menyambung, seperti orang2 yang terdahulu..
Kerana apa?? Kerana Allah ingin kita merenung bagaimana generasi terdahulu, generasi yang beriman, begitu kuat menghadapi ibadah puasa ini. Allah memberi kita motivasi agar kita menjalani ibadah puasa dengan sabar dan tidak menjadikannya sebagai alasan untuk lemah dalam bulan puasa.
Misalnya, Perang Badar, Fathul Makkah, yg berlaku pada bulan Ramadhan jelas menunjukkan betapa pada bulan Ramadhan tidak menjadikan kita lemah..
Seterusnya Allah berfirman..La'allakum tattaqun.. SUPAYA kamu bertaqwa. Sahabat2, hanya orang yg benar2 mengimarahkan bulan Ramadhan dgn bersungguh2 , keazaman insya Allah akn dpt merasai buah taqwa itu.
Kita lihat betapa ramai orang yang menjalankan ibadah puasa. Tapi betapa ramai yg kita lihat keluarnya dari bulan tersebut, dpt betul2 mendidik diri menjadi insan yg benar2 bertaqwa.( peringatan terutamanya untuk diri saya sendiri yang menulis)
**************************
Kepada diri sendiri dan sahabat2,
Ramadhan ini ibarat madrasah tarbiyah. Satu madrasah yang Allah bagi untuk kita semua, untuk mentarbiyah diri kita. Moga2 apabila kita keluar dari madrasah ini, insya Allah menjadi hambaNya yg beriman.
Subhanallah betapa Allah Maha Menyayangi hambaNYa.. Dia telah mengurniakan satu bulan yg terlalu banyak kelebihan berbanding bulan2 yang lain. Bulan untuk kita menambah pahala, membaiki akhlaq, Bulan yang cukup hebat..Raja segala bulan..Sebelum kehadirannya, didatangkan dahulu 2 bulan yg jua hebat, bulan Rejab dan Syaaban.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Maha Pengasihnya Allah.. inilah bulan yg mana ditutup pintu neraka..dibuka pintu2 syurga..untuk siapa kalau bukan kita hambaNya..
Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.
-Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Subhanallah...Hatta bau mulut orang yg berpuasa disisi Allah itu ibarat kasturi, bayangkan amal2 lain yang dilakukan dengan ikhlas sepanjang bulan Ramadhan nanti..Subhanallah..
******************************
Kepada diri sendiri dan sahabat2,
Marilah sama2 kita tajdid niat untuk menghadapi Ramadhan kali ini.. Marilah sama2 kita rebut pakej yang Allah telah bagi untuk semua..Tinggal kita sahaja untuk merebutnya.. Pakej yang mana awalnya penuh dengan rahmat Allah, pertengahannya maghfirah, dan akhirNya pembebasan dari azab api neraka.. Insya Allah.. Marilah kita menjadi pemburu bersiri sempena Ramadhan ini.. pemburu rahmatnya, pemburu malam alqadr..Bulan yg >baik dari seribu bulan.. Untuk kita hidup, beramal soleh, selama setengah abad pun belum pasti, inikan pula 1000 bulan..
Insya Allah marilah sama2 kita berpesta ibadah.. marilah kita sama sama taqarrub ilallah..
Moga2 Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2nya..
Moga Ramadhan kali ini dapat kita lalui dengan penuh keikhlasan..Insya Allah
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
Maaf atas segala kekhilafan.. Salam Ramadhan almubarak..Assalamualaikum..
~Ramadhan Kareem!!~
Thursday, August 20, 2009
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN!!
~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mentaqdirkan setiap sesuatu, Yang masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus menapak dibumiNya, atas satu matlamat yang satu , untuk beribadah padaNya.Untuk menjadikan setiap langkah , tindakan, hanya untukNya, berpaksikanNya..Lillahi Taala..Insya Allah.
*********************
Alhamdulillah, sedar tidak sedar, Syaaban semakin meninggalkan kita. Hanya dalam beberapa waktu sahaja lagi, kita akan menerima tetamu agung, hadiah istimewa, a very very special gift from Allah; RAMADHAN. RAMADHAN AL MUBARAK
Alhamdulillah, moga Allah memberi kita ruang dan peluang untuk merasai barakahnya Ramadhan kali ini..
Posted by Nurul Izzah bt Mat Sundari at 6:03 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment