BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 2, 2009

Aku Tanpa CintaMU...

~Bismillahirrahmanirrahim~
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya
Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku
Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih........

~Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Tiada Tuhan selainNya yang menciptakan langit dan bumi...Yang mentaqdirkan setiap sesuatu.Yang menitipkan rasa cinta ..juga rasa kehambaan....
Sengaja saya mulakan entry kedua dengan lirik lagu yg saya kira tidak asing bagi kita..lebih lebih lagi anak remaja yang cukup meminati nasyid ini..pastinya, ada yang mendengar tatkala tertarik dengan melodinya yang menarik.. ada juga kerana liriknya yang mmenusuk qalbu..dan ada juga kerana kedua-duanya...Saya???..Hanya Allah yang mengetahui..moga sentiasa menjadi golongan yg ketiga... Secara jujur, bagi saya lirik nasyeed ini cukup menyentuh hati...cukup terkesan..
Sebagai hamba yang dhaif..,, kita sentiasa melakukan dosa dan maksiat..tak kiralah secara terang-terangan.. atau dalam kegelapan..secara berseorangan.. atau berjamaah...secara yang zahir,,,..atau yang batil..tertutup..hanya Allah yang mengetahui..,.
Ya, diri kita ini sentiasa alpa akan perjanjian kita padaNya.
Ikrar yang sentiasa kita perbaharui saban waktu,,..dikala subuh, zohor, asar, maghrib, dan isyak???
Kita lupa..disaat roh ingin dimasukkan ke jasad,, kita telah mengaku bahwa Allah itu Tuhan...
Kita lupa sumpah dan janji.. "inna solaty wanusuki wamahyaya wamamaati..LILLAHI RABBIL ALAMEEN"..
Ya, Kita lupa itu semua...Kita lupa...
Itulah realiti sebenar...
Wahai diri yang sentiasa lupa...
Ingatlah.,,,
Kitalah yang memerlukanNya...bukan Dia yg memerlukan kita...
"Wahai Manusia, Kamulah yang memerlukan Allah, Allahlah yg Maha Kaya, Maha Terpuji"(Al Fatir:15)
Ayuh kepada diriku.. jua sahabat- sahabat, tanyalah diri kembali...Siapakah aku yg sebenarnya??
Siapalah aku tanpaNya???
Adakah diri ini betul2 berserah padaNya??
Adakah tiap langkah hanya keranaNya?
Adakah didi ini betul2 ikhlas dlm perjuangan???
Atau ada sesuatu disebaliknya??
Sedarlah, hidup ini hanya ibarat layang layang yang terputus talinya,,,tiada arah dan pedoman tanpa petunjuk dan pemeliharaanNYa..
Ingatlah wahai diri...Cinta Allah itu sangat luas.
Allah tak kan pernah melupakan hambaNya..
Terkadang kita diuji sedikit...
Kerana apa??
Kerana Dia amat cinta kepada kita...
Kerana mungkin telah terlalu lama kita Jauh padanya..
Kerana mungkin dia Mahu kita sedar betapa hakikat penciptaan kita ini adlah untuk mendptkan redhaNya...dlam setiap langkah dan gerak
Duhai diri ini serta sahabat-sahabat...
Selagi jasad masih bernyawa...
Selagi hayat msh dkandung...
Selagi diri masih mampu bernafas..
Selagi ruh belum direntap....
Sebelum mata tertutup buat selama-lamanya..
Sama-samalah kita mengejar cintaNya yang Abadi..
CintaNya yang membawa Kebahagiaan yg hakiki..
Ya,,masih belum terlambat untuk kita mengemis kasihNya..
Mengharap RedhaNya..
~Wallahua'lam~

0 comments: